CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 2, 2012

HIV Test done. Aktiviti sampingan juga done. Hehe!

Hai!


Assalamualaikum.


Semalam (1 Oktober 2012) kami telah pun settle buat HIV Test. Yayy, alhamdulillah. Sekarang tengah usaha siapkan Borang Nikah pulak.

Semalam memang kelakar.. Aku lah tu yang kelakarnya. Aku langsung takde rasa risau ke takut ke nak buat HIV Test ni, tapi semalam sampai-sampai je dekat Klinik Kerajaan Batu, Jln Ipoh tu terus ketakutan yang amat. Apakah? Sampaikan isi borang pun boleh salah. Huhuhu. Aku berdebar-debar gila kot. Aku isi borang sendiri, tapi aku g isi nombor IC En Gaban. Ngok tak?

Nombor IC aku dengan En Gaban hampir sangat-sangat.. Cuma beza 3 digit je. Digit-digit lain semua sama. Kan kitorang lahir tahun dengan bulan yang sama, cuma hari je beza sehari.. Sure la beza satu digit je dekat situ. Lepas tu pulak digit empat yang last tu pun kitorang share nombor yang sama, cuma beza susunan. Digit 5,8 dengan 2. Dah tu aku gatal pulak g hafal No IC En Gaban, rosak borang aku. Cis.

Aku ni jenis pantang sungguh kalau tulis something tapi buruk, comot dekat borang atau apa saja. Aku akan rasa macam tak best gila-gila. Dah la gelabah, takut gila, borang pulak cacat sebab salah No IC. Grrrr! Terus rasa macam malas dah nak buat Hiv Test. Hahaha. En Gaban pun takleh buat apa, dia just gelak-gelak dengan ejek aku jelah.. Geram sungguh.

Lepas tu ada borang tambahan pasal sakit puan, ada soalan pasal last aku period, tu pun aku boleh lupa. Hadoiii. Padahal bukan lama sangat, period bulan 9 je pun. Hampeh gila. Aku langsung tak ingat, siap bukak  kalender dekat henfon, tapi still tak ingat. Gila lah. Haha. Last-last aku belasah je tarikh yang lebih kurang. kehkehkeh. Jap, aku memang jenis tak amek tau pasal tarikh period aku, sebab dari dulu sampai sekarang alhamdulillah period aku ikut time, takat lewat 2,3 hari atau cepat 2,3 hari tu biasa jelah kan.. Padan muka sendiri. Pastu En Gaban suruh aku tanda period lepas ni, lagi-lagi nak kawen ni kann. Huhuhu. Okay.




Masa ni dah settle menjahanamkan borang sendiri, kepala ting tong pasal tarikh period. Hahaha. Tengah tunggu kena panggil je. Berdebar-debar gila, aku pun taktau la apa yang aku takutkan. Aku takut kalau-kalau aku penghidap Hiv Test. Bodohnya. Bodohnya! Tau tak patut kan fikir macam tu, tapi macam mana kalau.. Okay, abaikan kepala otak aku yang suka merepek meraban. Nurse suruh duduk dulu, baca pamplet yang diorang bagi. Biasa la, aku kan jenis mulut takleh diam.. Ada je benda nak cerita, aku takde la baca sangat (jeling-jeling je pun), selebihnya berborak. Last-last masa kena panggil dengan nurse, kami dengan pasangan lagi satu kena soal. Hambek kau. Masa tu nak tergelak gila-gila sebab gatal tak baca tadi. Nasib baik En Gaban dapat jawab apa itu HIV. Hehehe. Lain-lain soalan aku jawab dulu sebelum nurse soal part yang susah-susah. Jahat kan? Hikhikhik.

Masa tunggu result, rasa macam lama gila nak tunggu line tu keluar. Aku asyik tenung je alat test tu. Bila dah settle sepenuhnya, nurse tanya nampak apa. Aku cakap la nampak satu line. Okay, negatif. Lega kot. Tak semestinya seks rambang je boleh dijangkiti kan, pemindahan darah, luka, banyak kan.. Mesti la aku takut. Aku ni jenis lasak, tak reti nak jaga keselamatan diri sendiri. Huhuhu. Seks rambang? No, no, no. Seks dengan sorang pun tak pernah, ni kan pulak rambang? Aiyoooo. Pitam.

So, settle sudah HIV Test.. Dua-dua Non Reactive. Alhamdulillah..

Settle HIV Test berkobar-kobar nak pergi habiskan duit. Haha. Takde lah, cari sarung bantal untuk pelamin je pun. Tapi azab okay, cari dekat Sogo takde pulak saiz 16x16. Pergi Zaira, pun takde saiz 161x16. Last option En Gaban paksa aku pergi Kamdar. Ada pun saiz 16x16. Kaler pun aku puas hati. Lepas guna untuk pelamin, aku nak buat peluk dekat 'rumah kita' laaa. Hehehe.




Dah settle beli sarung bantal, haruslah makan beriya-iya. Hehehe. Lepas makan En Gaban ajak aku beli flip flop (selipar jamban kata asalnya haha). Nak buat pergi honeymoon katanya. Aku pun apa lagi.. Haruslah suka geletis lebih-lebih.. Hehehehe. 






Ta Daaaaa~~ Dua pasang kitorang ambil. Flip flop kaler pink tu En Gaban yang pilih, dia request nak pakai masa honeymoon kat tepi pantai. Hehehe. Yang kaler silver tu En Gaban jugak pilih, dia nak pakai bawa santai-santai melepak berdua laki bini katanya. Layan kan..

So happy monday lah semalam.. Masuk shopping complex kosong je. Bahagia gila.. Hehehe.





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

12 comments:

Zila Zainal said...

weee.. non-reactive. alhamdulillah dah settle :D
flip flop yang purple kuning tu cun!

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Kelakar lah Saila ni..hahahah

Diyana said...

adoyaiii~ nebes abih ni... smpi number IC pun dah igt org laen punya...
hehehe
pape pun.. best kan dah settle....

Amalina Ali said...

HAHA. kalut sangat tu yang lupa no ic sendiri. hihi.

cik mah said...

Bestnyer....dah settle dah hiv...cik mah bila ntah nk wat..huhuhu...xde cuti la...

LiNda said...

haha..kelakar la saila ni, boleh lak dia tertulis ic en gaban. selipar tu comeiii, suke warna pink kuning belang2 tu..

Afasz said...

huhhuhu.. alhamdulillah dah selesai hiv test, settlekanborang nikah tu. huhu kang kelam kabut

ayut said...

selesai dh akhirnya :) amboiii..suke nmpak..planning smpi ke selipar time honeymoon..hahaha.
*jgn lupa tanda pasni klu dtg bulan :p

Anonymous said...

salam, just nak say tq for yr support sgt2 KA hargai saat2 mcm ni

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

waaaa semangat dear n bakal suami ni nak g honeymoon ..chaiyokkk chayokkkk suka umi dengar tau

pelangi chenta said...

sy jumaat nie baru nak g hiv test.

adventure mama said...

wahhh pelamin buat sendiri ke..kagum2..