CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 18, 2012

Books! Susahnya untuk kata 'Taknak!' :(

Assalamualaikum.


Benda paling tak boleh dielakkan adalah membeli buku. Kalau stay melepak lama-lama baca buku free lagi aku suka gila, gilaa, gilaaa. Okay tak payah over sangat. Memang dah target nak beli buku sikit-sikit lepas tu nak beli rak khas untuk buku-buku aku sahaja. Pastu nak peruntukan masa setiap malam untuk membaca - walaupun sekejap.

Tadi takde buku yang aku berkenan, banyaknya novel melayu. Aku kureng sikit baca novel. Aku nak buku yang pembacaan berat. Kalau boleh tebal-tebal supaya lambat habis. Sekarang tengah baca sikit-sikit buku Doktor Umum. Jimat-jimat baca okeh. Supaya lambat habis. Hehehehe. Kadang-kadang tersyok terlajak pulak baca banyak-banyak muka surat. Huhuhu!

Bila dah tak jumpa buku yang aku minat aku ingat taknak beli apa-apa. Tapi terjumpa ini pulak hehehe!










Jangan bersangka yang lain-lain yaaaa.. Just beli untuk pengetahuan, ilmu dan suka-suka (sebab buku dia colorful dan comel-comel lukisan dia!). Dah banyak buku tentang M2B aku baca tapi ni first time jumpa yang super comel. So terus grab. Buku yang lebih detail pun kena beli sebelum plan untuk ada baby :) Link web yang berkenaan pun dah save. I need more information and knowledge :)

Yup, aku study pasal pregnancy guide ni sejak sebelum kami decided to get married ya know! Punya la kerisauan. Penuhkan ilmu di dada awal-awal. Tapi ilmu still takkan cukup sampai bila-bila :) Dengan itu buku dan internet (nowadays) sangat membantu.

Plus aku tak boleh langsung nak decide nak beli buku yang mana satu huhuhu!






Akhir kata aku amek banyak-banyak. Puas hati. Takde la rasa serba salah nak amek yang mana. Tapi aku banyak amek Word Search. Sudoku aku amek satu je. Sebab malas nak fikir sangat. Dasar pemalas. Aku beli yang saiz comel-comel asalkan boleh masuk handbag pastu aku boleh bawa ke mana saja. Lagi-lagi kalau ikut Suami ke mana-mana pastu aku akan terkontang kanting sorang-sorang sebab Suami sibuk melayan soalan-soalan (hal jual beli atau permotoran) dari kawan-kawan dia. Sambil tunggu Suami jadi lecturer kejap, settle kan Word Search aku. Tak pun kalau merajuk dengan Suami aku suka duduk dalam bilik baca buku tunggu Suami datang pujuk, tapi yang ado. Takdenyaaaa.

Lepas ni misi kumpul buku lagi. Rindu nak habiskan masa dekat kedai buku macam zaman dulu-dulu. Huhuhuhu.

Membaca Budaya Kita. Amalkan budaya membaca, mana-mana M2B yang pregnant tu baca buku banyak-banyak supaya anak pandai :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

11 comments:

Diyana said...

haha saila.. saya dah fikir dah ITU... hehehe

dulu b'kenan novel... skrg dh malas nak baca novel tgkp2 cintan tu...
skrg baca buku isteri2 je... ahakz!

fatehamohamed said...

rajinnya sailaaaa..teha sejak dah kejaa ni malas bebenau;p

Unknown said...

haha, ingatkan dah preggy.. sy suke membaca.. teringin nak g big bad wolves tu.. huhuhu

Amalina Ali said...

Nana akan boleh start membaca lepas kahwin nanti. Kot la. HAHA. time sekarang ni tak de time la nak membaca. Novel pun banyak lagi yang belum baca. beli je lebih. Bacanya idakkk...

cikCT said...

i love booksssss!
sbb tu kita jd pustakawan.
alhamdulillah, dpt keje dgn buku seronok sgt2 tau :)

khadijah said...

wah rajinnye saila.. dija malas dah nak membace ni.. ingat saila dah pregnnt bagus persediaan awal, nak mintak en suami belikan buku cam tu gak la..haha

Cikrosecute said...

rajin betul beli buku....dah tua2 nie malas dah nak belek buku hihihi

Anonymous said...

membaca terapi terbaik for KA tau !

QA's ~ mamapapa said...

Wah!menariknya buku ni...rindu nk jd ulat buku lg :)

LiNda said...

sameeee...linda suke main word search tu, tp x beli buku..linda install game word search dlm henpon..bile bosan menunggu game tu je la layan :)

ayut said...

menambah ilmu dgn membaca..btul tu :)