CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 17, 2012

.Masak. Resepi Masakan. Google. Lapar.

Assalamualaikum.


Disebabkan aku tak pandai memasak, tak pandai di sini ialah kalau korang cakap masak lauk A sumpah aku taktau nak letak bahan apa dan cara nak masak nak kena mulakan apa dulu. See? Teruk sungguh. Tapi kalau dah ada resepi, ada bahan, ada cara memasak, insyaallah boleh je.

Cakap pasal masak ni sebab baru kejap ni Leha sms aku tanya aku pasal makan malam. Sebab? Ibu takde. Ibu pergi Langkawi jalan-jalan habiskan segala duit yang ada. Haha. Kami apa lagi, kelam kabut la fikir 'mati laaaa, sape nak masak ni'. Tapi disebabkan aku dah kawen, harus lah aku bajet macam superwoman yang mampu memasak. Takkan nak suruh Leha masak pastu Suami aku makan. Jatuh lah saham aku nanti. Hilang macho aku malam ni. Takkan nak suruh Ayah masak, lagi la No! Walaupun dalam hati rasa nakkkkk je suruh Ayah yang masak sebab Ayah power bab memasak dari Ibu. Takpe, Ibu taktau pun aku ada blog. Haha! Tapi takkan la nak suruh Ayah masak.. Sadis sungguh.

Takpe, takpe.. Nampak gayanya tepaksa la aku tunjukkan kuasa superwoman aku malam ni. Balik kerja terus masak. Fuhhh!

Tapi pilihan menu haruslah yang selamat, nanti Ayah komplen. Urghhh! Pilihan menu yang selamat ialah Ayam Kicap Pekat. Sebab? Setakat aku masak belum pernah buang sebab takde sape nak makan. Hahaha. Kita pilih menu yang dapat sambutan ya. Jangan gatal tangan nak try lauk lain. Nanti kena komen free tak kuasa aku.

First time aku try memasak lauk selain lauk rumah (lauk rumah maksudnya lauk yang mak kita masak sejak kita kecik sampai satu tahap kita dah boleh agak jumaat ni lauk apa haha) ialah pertengahan tahun 2011. First time masak debar-debar, dalam hati nekad lantak la kalau takde yang nak makan, aku makan je sorang. Tapi licin pulak. kehkehkeh! Lepas tu ulang-ulang lauk tu jela aku masak kalau terdesak (kalau Ibu dgn Ayah takde). Sedih. Takde lauk lain.

Aku suka blog masakan DapurKu SaYang sebab first time cuba terus jadi, owner blog Kak Dayang pun rajin bagi tips. Takde satu pun point dia abaikan. Kiranya kalau orang kurang cerdik macam aku nak masak takde la tetiba jadi lain lauknya. Macam mana dalam picha Kak Dayang, macam tu la jugak aku masak. Betapa poyo nya aku.

Lauk yang aku suka masak berkali-kali tapi belum ada lagi yang sound suruh aku berhenti masak ialah

Disebabkan aku suka ayam, so aku suka gila bukak entry di bawah label 'ayam'. Suami usik aku dengan panggilan ibu ayam. Dia, bapak ayam. Huh!

Dah tengok entry-entry lauk Kak Dayang mula la kelaparan. Ni yang malas ni.

Ending sms dengan Leha :

Aku : Haha.. Ok,xyah lah.. Lapar la pulak.. Huhu
Leha : Sama lah. Hahahah.. Lunch nie aku mkn maggie jelah.. :D
Aku : Ala kesiannya.. Tgu mlm nt mkn puas2 ye.. Mcm sedap je aku masak.. Haha
Leha : Hahahahahahaha.. Boleh2.. Terliur dah nie. Sure sedap.. :D

Terbang-terbang sudah. Lalalalalalala~ Tapi motip dia gelak panjang sangat tu nape? Betul ke sedap ke dia pun tergelak sebab lawak la mana ada sedap. Huhuhuhuhu!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

9 comments:

Amalina Ali said...

Nana pun nak kena google lauk pauk yang nak kena masak la pas ni. asyik google apa nak DIY jeee... HIHI.

Teruskan memasak ye Saila. :)

Cik Puan Tqah said...

gud luck..masak sdp2 tauuu..hihi

Unknown said...

weee...
saila masak malam ni ...
selalu review DIY je ..
kot2 rajin , review la lauk pauk plak ..
good luck saila

s h a said...

Yeahh...google cikgu yang sgt mesra.kihkihkih.Kalo dulu time x berinternet sangat sibuk call mak yg tgh berkursus tny resipi. ;)Pasni bolehla selalu masak saila. :)

Unknown said...

suke bukak myresepi.. hehe, biasa la tu.. sy pun tak terrer masak.. slow kita belajar.. ")

Afasz said...

practice make perfect

khadijah said...

dijah pun sekarang rajin bukak myresepi je, tiap hari google, walapun nak masak nasi goreng je pun..hehe en suami pun makan ayam je, memang ayam je la yg dija masak hehe

Saya Disini said...

rjinye

Zana Adieyza said...

mak mertua zana kata, kalau kita selalu masak lauk yg sama tu dh jadi trademark kita.. so org akan ingat menu yg kita selalu masak tu.. xkisah la lauk simple ke, janji kita teror masak lauk tu.. hehehe..